Tuesday, March 27, 2007

Buah-buahan Tempatan




Pokok Tembikai merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).










Pokok Tembikai Susu ([[bahasa Inggeris: muskmelon) merupakan sejenis pokok buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Buahnya berwarna putih dan manis, dan walaupun buah ini tidak sama popular dengan buah tembikai, buah tembikai susu semakin diterima oleh orang ramai dan kini ditanam untuk memenuhi permintaan tempatan Malaysia dengan kemungkinan yang besar untuk eksport. Berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Jenis tanaman menjalar seperti tembikai.
Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis, kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Berbau harum dan amat manis apabila masak. Mempunyai rongga di dalam buah.












Pokok Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Pokok ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini ia ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya.
Pokok ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan.




















































Pokok Buah Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan Pokok Buah Mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara.









Pokok Pisang merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat. Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Pada masa kini, pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.
Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Bagi kaum Melayu di Malaysia pokok pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain dari dimakan. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit.
Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pisang merupakan buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia.










Pohon Belimbing berasal dari Sri Langka dan banyak terdapat di daerah Asia Tenggara, Brazil, Ghana dan Guyana. Pohon ini memiliki daun majemuk yang panjangnya dapat mencapai 50 cm, bunga berwarna merah muda yang umumnya muncul di ujung dahan. Pohon ini dapat tumbuh hingga mencapai 5 m.
Buah belimbing berwarna hijau, hijau kekuningan atau yang cukup matang berwarna kuning, yang jika dipotong mempunyai penampang yang berbentuk bintang. Berbiji kecil dan berwarna coklat.
Salah satu jenis dari belimbing, yang disebut belimbing wuluh, sering digunakan untuk bumbu masakan, terutama untuk memberi rasa asam pada masakan.



Nanas, nenas, atau ananas (Ananas comosus (L.) Merr.) adalah sejenis tumbuhan tropis yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini termasuk dalam familia nanas-nanasan (Famili Bromeliaceae). Perawakan (habitus) tumbuhannya rendah, herba (menahun) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, berujung tajam, tersusun dalam bentuk roset mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dalam bahasa Inggris disebut sebagai pineapple karena bentuknya yang seperti pohon pinus. Nama 'nanas' berasal dari sebutan orang Tupi untuk buah ini: anana, yang bermakna "buah yang sangat baik". Burung penghisap madu (hummingbird) merupakan penyerbuk alamiah dari buah ini, meskipun berbagai serangga juga memiliki peran yang sama.
Buah nanas sebagaimana yang dijual orang bukanlah buah sejati, melainkan gabungan buah-buah sejati (bekasnya terlihat dari setiap 'sisik' pada kulit buahnya) yang dalam perkembangannya tergabung -- bersama-sama dengan tongkol (spadix) bunga majemuk -- menjadi satu 'buah' besar. Nanas yang dibudidayakan orang sudah kehilangan kemampuan memperbanyak secara seksual, namun ia mengembangkan tanaman muda (bagian 'mahkota' buah) yang merupakan sarana perbanyakan secara vegetatif.